Pages

Monday, 17 December 2012

Topik 1 : Pengurusan Sukan



Pengurusan alatan sukan yang cekap dan berkesan akan memastikan alatan sukan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Alatan sukan yang diurus dengan baik dapat memastikan keselamatan pengguna dan memudahkan proses mengenal pasti bilangan alatan yang rosak atau hilang. Imej sekolah juga dapat ditingkatkan dengan pengurusan sukan yang cekap. 



 



SUSUN ATUR ALATAN


 


Kebaikan susunan alatan sukan:

  • Memudahkan pengambilan & penyimpanan alatan.
  • Memudahkan pengiraan alatan.
  • Menjimatkan ruang.
  • Menjamin keselamatan pengguna.
 
Langkah keselamatan semasa menyimpan alatan sukan




ISU DALAM SUKAN


Rasuah

Rasuah dalam sukan boleh disamakan dengan tindakan menjual perlawanan oleh seseorang pemain. Dalam hal ini, keputusan perlawanan yang akan dipertandingkan telah pun ditentukan lebih awal sebelum pertandingan. Mereka yang mengatur keputusan ini terdiri daripada bookie atau orang tengah yang menjadi agen sindiket perjudian.
Bookie bertindak dengan cara memancing pemain untuk menjual perlawanan dengan memberikan sogokan berbentuk wang atau barang lain yang bernilai. Pemain atau ahli sukan yang mengamalkan rasuah boleh dianggap penjenayah.
Amalan ini bukan sahaja mencemarkan nama & masa depan sukan yang terlibat, malahan maruah pasukan dan imej negara secara keseluruhannya. Negara akan dikaitkan sebagai pusat perjudian haram & ahli sukan pula dianggap sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan yang tulen kerana mengamalkan rasuah.

Penggunaan bahan terasing

Larangan penggunaan steroid berkait rapat dengan kesan jangka panjang penggunaannya. Steroid ini memberi sedikit kelebihan prestasi tetapi kesan sampingan amat besar. Disamping itu, steroid boleh membawa maut atau kerosakan terhadap sistem tubuh. Antara bentuk hukuman jika mengambil steroid dalam sukan :

  • Kemenangan batal 
  • Pingat serta hadiah yang dimenangi akan ditarik semula 
  • Rekod yang dicatatkan tidak akan diiktiraf. 
  • Dikenakan hukuman yang berat oleh badan sukan dunia.Dilarang bergiat & menyertai sebarang kejohanan sukan untuk tempoh masa yang panjang.

 
 

2 comments: