Pengenalan
Malnutrisi adalah salah satu
masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia.
Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-masalah lain
seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga
aspek sosio-budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah
yang penting terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah
di dunia seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh,
Selatan India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang
sederhana yang terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang stabil dan
pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasan-kawasan
pedalaman Malaysia
kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain
yang lebih maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan
moden adalah rendah atau tidak kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak
sihat di dunia adalah di Asia manakala ¼
adalah daripada benua Afrika.
Menurut kajian terdapat banyak
penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat persetujuan mengatakan
bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanak-kanak di negara
mundur dan sedang membangun termasuk Malaysia. Kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan : “Seluruh dunia, disebabkan
kekurangan langkah kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai orang
mati disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah dan diubati, yang biasanya
dapat dikaitkan dengan malnutrisi, ataupun hidup dengan kecacatan anggota dan
mental.”
Definisi
Malnutrisi
Malnutrisi adalah satu keadaan
yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi atau menerima
kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain,
dimana kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan
fungsi organ tubuh.
Dalam ertikata lain, malnutrisi
( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang terhasil daripada
kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien.
Kategori dan Jenis Malnutrisi
Malnutrisi boleh di kategori
kepada 2 iaitu :
- Malnutrisi primer - keadaan dietri tidak teratur
- Malnutrisi sekunder - ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam badan manusia
Nutrisi berkurangan
Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Lazimnya ia ádalah kesan penggunaan terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau proses perkumuhan yang terlalu pantas daripada proses menggantikannya. Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan perempuan yang menyusui bayi sangat memerlukan nutrien tambahan. Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar perpeluhan melampau, kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi. Sementara itu pengambilan nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada penyakit tua, proses diet yang melampau, alahan makanan, kecederaan yang tertentu atau penggunaan bahan makanan yang sia-sia.
Nutrisi berlebihan
Hasil daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Dietari yang tidak seimbang ini juga akibat pengambilan makanan berlebihan yang salah dari segi kandungan nutriennya, senaman yang tidak mencukupi dan pengambilan terlalu banyak vitamin atau suplemen diet yang salah. Risiko ini turut bertambah sekiranya memiliki berat badan berlebihan 20%, pengambilan lemak dan garam berlebihan serta pengambilan dos berlebihan untuk ; niacin untuk merendahkan tahap kolestrol yang tinggi, vitamin B6 untuk melegakan sindrom pre-menstrual, vitamin A untuk menghilangkan masalah kulit dan zat besi atau bahan mineral lain yang tidak mendapat preskripsi doktor. Pengambilan nutrien yang tidak teratur boleh mempengaruhi sistem tubuh badan serta deria bau, rasa dan melihat. Ia juga dapat melahirkan perasaan cemas, perubahan perasaan hati dan simptom psikiatri.
Kekurangan spesifik
Keadaan berlaku akibat kekurangan relatif atau
mutlak sesuatu nutrien yang penting seperti contohnya asid amino dan vitamin A.
Ketidakseimbangan
Keadaan terhasil akibat daripada pengambilan
nutrien yang diperlukan tidak seimbang bukan disebabkan kekurangan sesuatu
nutrien.
Faktor-faktor Penyebab
Malnutrisi
Terdapat faktor tidak langsung dan faktor penyebab
cara langsung yang menyebabkan berlakunya malnutrisi. Di antara faktor-faktor
penyebab yang utama adalah :
Keadaan sosio-ekonomi yang mundur –
Kemiskinan dan Pengetahuan yang Rendah
Menurut satu kajian : “….bagi sesuatu
kumpulan yang dikaji, tahap kemiskinan didapati berkadar songsang dengan tahap
pengambilan protein sumber haiwan…..”.
Ini jelas menunjukkan bahawa kemiskinan adalah salah satu punca utama
manutrisi dan berkait rapat dengan tahap pengetahuan yang rendah. Pendapatan
yang rendah menyebabkan mereka tidak berkeupayaan membeli makanan yang
mempunyai diet yang seimbang. Ini akan menyebabkan diet berkurangan dan tidak
sempurna.
Amalan Pemakanan dan
Penyakit
Tabiat
pemakanan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Orang tua yang hilang tabiat pemakanannya
akan semakin diancam oleh malnutrisi.
Penyakit yang sering menyerang orang tua seperti Alzheimer akan menyebabkan mereka lupa untuk makan makanan yang
seimbang.
Risiko
malnutrisi juga semakin meningkat bagi orang yang mengidap sesetengah penyakit
bahaya contohnya buah pinggang, hati, kanser, AIDS dan gastrik. Penghidap
penyakit ini akan terhalang untuk
memakan sesuatu jenis diet dan kelemahan sistem badan mereka untuk menyerap
makanan yang telah dicernakan.
Orang
yang bergantung hidup dengan dadah dan alkohol juga mempunyai risiko tinggi
terhadap malnutrisi. Golongan ini mempunyai diet tertentu yang perlu diamalkan
dalam satu tempoh jangkamasa yang ditetapkan. Diet ini akan mengurangkan
keseimbangan makanan yang diambil, dan selalunya golongan ini mempunyai
kegagalan dalam sistem pencernaannya akibat kesan pengambilan dadah dan alcohol
terutama yang melibatkan organ hati, pankreas dan buah pinggang.
Alahan
terhadap sesejenis makanan akan menyukarkan seseorang itu memperolehi makanan
yang boleh mereka cernakan. Golongan ini memerlukan kalori tambahan yang
diambil untuk mengekalkan berat yang diambil dan seterusnya mengekalkan berat
badan mereka sendiri.
Sifat
terlampau ingin kurus menyebabkan pemakanan yang tidak teratur bagi golongan
anoreksia dan bulimia yang terlampau menghadkan pengambilan makanan mereka,
sehingga tidak sihat akibat kekurangan nutrien yang penting untuk badan mereka.
Adat resam sesuatu masyarakat juga mempengaruhi amalan
makanan sesuatu golongan. Contohnya amalan masyarakat Melayu, wanita di dalam
pantang di halang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutrien
yang tinggi. Sedangkan pada masa ini ibu yang sedang menyusui bayi memerlukan kandungan
nutrien
yang tinggi. Ini menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit seperti anemia.
Parasitisme dan Infeksi Penyakit
Masih
terdapat penyakit berjangkit dan penyakit berparasit yang kronik berlaku di
sesetengah tempat yang boleh menjurus kepada malnutrisi. Penyakit berjangkit
yang lazim seperti tuberkulosis, malaria dan semua jenis disentri contohnya
cirit birit, sementera penyakit berparasit adalah seperti askaris, trikuris,
cacing usus dan kutu kepala.
Penyakit-
penyakit ini akan menyebabkan masalah-masalah berikut :
- Kehilangan nutrien yang tinggi
- Keperluan fisiologi yang lebih tinggi terhadap nutrien dengan beban yang lebih, akibat daripada penyakit
- Malfungsi sistem penyerapan yang menghasilkan malserapan
Simptom Malnutrisi
Di antara
simptom-simptom kemungkinan malnutrisi adalah kehilangan berat badan tanpa
disedari sebanyak 10 pound atau lebih. Orang yang tidak subur kebiasaannya
berbadan kurus dan kepala agak besar dengan keadaan kulit mereka pucat, tebal,
kering dan mudah nampak lebam. Gatal-gatal
kulit dan perubahan pigmentasi selalu biasa berlaku kepada mereka.
Rambut adalah nipis, kerinting kasar dan mudah
tercabut dari kulit kepala. Selalu
berasa sakit pada bahagian sendi dan tulang mereka lembut dan mudah patah.
Bahagian gusi selalu mengalami pendarahan dan lidah yang membengkak, berkedut
serta retak-retak.
Berlaku gangguan pada penglihatan termasuklah
rabun malam dan sangat sensitif pada cahaya serta kilauan. Simptom-simptom
malnutrisi yang lain adalah :
- Diarrhea
- Kebingungan
- Berkeadaan bimbang
- Kehilangan tindakan refleks dan koordinasi otot semakin berkurangan
- Otot tersentak
- Amenorrhea
- Bibir dan mulut yang pecah dan retak
Kanak-kanak yang menghidapi malnutrisi kebiasaannya
pendek umur, kurus, tidak dan mempunyai daya tahan badan yang sangat lemah.
Diagnosis Malnutrisi
Kehadiran malnutrisi pada seseorang dapat dikesan
daripada penampilan keseluruhan diri seseorang, tingkah laku, agihan lemak pada
badan dan fungsi organ tubuh badan.
Pesakit akan di temu bual dan direkodkan data
tentang bahan yang dimakan pada waktu-waktu spesisifik mereka. X-ray boleh
dijalankan bagi mengesan isipadu tulang, gangguan pada organ perut dan
kerosakan pada bahagian hati serta jantung.
Ujian darah dan air kencing juga dapat dilakukan
bagi mengukur peringkat kandungan vitamin, mineral dan bahan kumuh pesakit.
Status nutrisi pada seseorang juga dapat di
anggarkan secara :
- Membandingkan berat pesakit dengan carta Standard
- Mengira indeks jisim badan (BMI) berdasarkan formula yang membahagikan tinggi terhadap berat
- Mengukur ketebalan kadar lipatan kulit (‘skinfold’) atau lilitan pada lengan atas
Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi
Di antara penyakit-penyakit utama berpunca
daripada malnutrisi adalah seperti berikut :
1. Kwashiorkor
Penyakit berpunca daripada
kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit “red boy”.
Seseorang yang kekurangan protein asid–asid amino. Penyakit ini biasanya
dijangkiti oleh kanak–kanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika
berusia 5 tahun dan selalunya akan makan makanan yang mengandungi sama ada
bijirin, ubi kentang atau yang berkanji.
Simptom umum Kwashiorkhor :
- Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air)
- Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus)
- Tubuh menjadi lemah dan urat saraf
- Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus
- Anak sering menolak segala jenis makanan
- Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut
- Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam dan terkelupas
- Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.
Rawatan biasanya ialah memberi kanak–kanak makanan yang mengandungi
asid–asid amino. Susu tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan
zat protein.
2. Marasmus
Marasmus adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan
kalori dan protein (Protein Clorie Malnutrition Diseases). Ia biasanya berlaku
pada kanak–kanak yang berumur 1 tahun di negara yang miskin dan sedang
membangun.
Simptomnya adalah seperti :
- Wajah seperti orang tua
- Sering terdapat penurunan kesedaran
- Kulit kering, dingin dan kendur
- Otot-otot mengecil sehingga tulang-tulang kelihatan jelas
- Sering disertai diare atau konstipasi
- Tekanan darah, frekuensi jantung dan frekuensi pernafasan berkurangan
- Berat badan merosot
- Sering cirit birit
Pemakanan yang
diambil perlulah dapat menampung kalori dari jumlah protein yang diambil
mencukupi dan mengandungi kandungan biologi yang baik serta kandungan mineral
dan vitamin. Pengawalan penyakit ini boleh dilakukan dari awal iaitu dengan
meminum susu kering tanpa lemak.
3. Xeroftalmia
Merupakan penyakit mata yang
disebabkan oleh kekurangan vitamin A. keadaan ini menyebabkan mata seseorang
itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat dari pada penyakit ini, kelopak mata
akan menjadi bengkak akibat daripada tiada rembesan air mata dan seterusnya
melekat pada nanah. Selain itu juga,
bakteria akan memasuki mata dan tumbuh pada kornea. Jika keadaan ini berterusan
pesakit itu boleh menjadi buta.
4. Rabun Malam
Penyakit ini adalah kegagalan penglihatan untuk
menyesuaikan secara pantas dari keadaan yang terang kepada keadaan gelap di
dalam bilik pada masa yang lama. Pesakit yang mengalami penyakit ini disebabkan
kekurangan vitamin A.
Pesakit hendaklah memperbanyakkan makan makanan
yang mempunyai vitamin A yang boleh di dapati dari :
- Susu
- Mentega keju
- Kuning telur
- Hati
- Ikan berlemak
- Sayur sayuran
Penyakit yang
disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 tiamina.
Ia adalah satu penyakit suku bangsa yang bergantung kepada makanan beras kisar
sahaja sehingga memberi satu wabak penyakit.
Tanda – tanda
penyakit ini :
- Kecederaan saraf
- Kaki dan jari–jari kaki menjadi kebas dan terasa sengal – sengal.
- Pergelangan kaki kaku
- Badan menjadi lemah
- Susah berjalan
- Kemungkinan kaki boleh menjadi lumpuh
- Hilang nafsu makan
- Cepat letih
- Pencernaan makanan tak sempurna
Terdapat dua
jenis penyakit beri–beri iaitu :
a) beri-beri basah
Penyakit orang
dewasa, badan pesakit menjadi bengkak yang bermula dari kaki. Ini disebabkan
oleh kelemahan jantung untuk mengepam darah ke paru–paru. Oleh itu tisu–tisu
pada tangan akan penuh dengan cecair tisu dan akan membengkak serta boleh
menyebabkan kematian.
b) beri-beri kering
Juga terjadi pada orang
dewasa, badan tidak menunjukkan bengkak tetapi otot–otot menjadi lisut dan
boleh lumpuh. Penyakit ini adalah dari sistem saraf terutamanya bahagian yang
mengawal otot–otot tangan dan kaki. Lama-kelamaan bahagian ini akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Pesakit
perlulah makan makanan yang banyak tiamina
seperti beras yang belum dikisar, kacang pis dan bijirin tulen.
5. Penyakit Tulang
Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D
yang menyebabkan tumbesaran tulang yang terencat berlaku pada kanak–kanak.
Vitamin ini amat penting dalam metabolisme kalsium dan fosfurus yang
membolehkan garam tak organik kalsium fosfat dienapkan di dalam tulang–tulang.
Kekurangan vitamin ini menyebabkan kemerosotan enapan kalsium dalam tulang dan
mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta mempercepatkan pembongkokkan dan
pembantutan.
6. Beguk
Penyakit yang
disebabkan oleh kekurangan iodin. Kelenjar
tiroid membengkak dan menyebabkan kemerosotan metabolisme asas seterusnya
menjejaskan fizikal dan mental pesakit. Penyakit ini sering berlaku pada negara
yang tiada sumber makanan diri laut, ini keranan ikan air laut mempunyai banyak
iodin.
7. Anemia
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.
Jika berlaku penurunan kepekatan hemoglobin, ini menunjukkan tanda–tanda
berlakunya Anemia. Tanda–tandanya adalah keletihan, hati membesar, susah
bernafas dan kulit yang pucat. Punca kekurangan zat besi adalah dari segi
amalan pemakanan, kehilangan darah yang berlebihan dan penyerapan zat besi yang
lambat.
Langkah-langkah Rawatan
Secara Am
Kebiasaannya status nutrisi bermula dengan penilaian terhadap nutrisi
tersebut. Proses ini membolehkan ‘clinical nutrionist’ atau pakar
pemakanan menentukan kehadiran malnutrisi, menilai kesan terhadap kekacauan
nutrisi dan memformulasikan satu diet yang menyimpan nutrisi yang mencukupi.
Pesakit yang tidak boleh atau
tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak dapat menyerap nutrient yang dimakan,
akan disuap secara intravenous atau melalui kapilari tiub yang disumbat ke dalam ‘gastrointestinal (GI) tract’.
Sistem menyuap menggunakan tiub
biasanya digunakan kepada pesakit yang menderita terbakar badan atau penghidap
penyakit yang melibatkan usus. Prosedurnya ialah memasukkan tiub kecil melalui
hidung sepanjang kerongkong sehingga sampai ke dalam perut atau usus kecil.
Sekiranya pesakit memerlukan cara tiub dalam jangkamasa yang lama, tiub akan
dimasukkan terus ke dalam perut atau usus kecil melalui potongan/hirisan pada
bahagian abdomen.
Pemakanan secara tiub tidak
selalu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada pesakit yang:
- Serius ketidaksuburannya
- Memerlukan pembedahan
- Menjalani kemoterapi atau rawan radiologi
- Terbakar yang serius
- Cirit birit dan muntah yang berterusan
Bagi sistem pemakanan melalui
saluran darah boleh membekalkan hamper kesemua nutrien yang diperlukan oleh
pesakkit.
Langkah-langkah Pencegahan
Awal
Memberi susu badan kepada bayi
untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah langkah terbaik
mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Pada peringkat umur melebihi dua
tahun adalah digalakkan mengikut tabiat yang berikut :
- Memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran
- Makan makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta mengandungi kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan.
- Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian selama lebih kurang 30 minit beberapa kali dalam seminggu
- Mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal
- Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan
Setiap pesakit yang dimasukkan
ke hospital perlulah di periksa dan di saring bagi mengesan kehadiran penyakit
serta keadaan yang boleh menjuruskan kepada malnutrisi tenaga protein. Pesakit
yang mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi perlulah diberi penilaian yang
lebih selama mereka dirawat di hospital atau di rumah.
Kesimpulan
Malnutrisi sepatutnya boleh
dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar dan tahu
kesan-kesan yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang
penting bagi melengkapkan pendidikan kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi
mustahak kepada sistem penjagaan kesihatan yang menekankan langkah-langkah
mencegah dan promosi . Dalam erti kata yang lain, pendidikan nutrisi adalah
berkesan bagi memerangi kejahilan tentang keperluan nutrisi dan ancaman-ancaman
yang berkaitan dengannya. Kita perlu mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi yang
cekap seperti pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri, pengimunan dan
lain-lain program piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta
menghapuskan masalah malnutrisi dalam masyarakat kita.
The Best Casino (Betway) New Jersey | Mapyro
ReplyDeleteWelcome to 충주 출장샵 our 계룡 출장안마 exclusive 김포 출장안마 casino website where you can play for real money or just a little 서산 출장샵 fun. The 영주 출장샵 site uses HTML CSS.