Pages

Tuesday, 4 December 2012

Topik 4 : Kelenturan




Kelenturan bermaksud keupayaan otot, sendi, tendon dan ligament membenarkan anggota anggota badan bergerak pada julat pergerakkan yang maksimum. Kelenterun dapat dibina melalui aktiviti rengangan. Aktiviti rengangan dilakukan dengan merengangkan otot semaksimum yang boleh dan bertahan selama 10 hingga 30 saat.
 Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina kelenturan, misalnya kilas pinggang, bengkok sisi, duduk membujur dan jagkau; dan meniarap, angkat tangan dan kaki melunjur dan jankau; dan meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang. Semasa melakukan aktiviti ini, beberapa aspek keselamatan perludiberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan.
 Tahap kelenturan yang baik dapat meberikan kebaikan kepada seseorang individu jika latihan dilakukan mengikut kaedah yang betul dan berterusan.
   

Prosedur:
1.  Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 
2.  Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 
5.  Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
7.  Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.
 






19 comments: